Saturday, December 31, 2011

Karangan contoh: Makanan Kesihatan



  Pengambilan makanan kesihatan penting bagi meningkatkan imunisasi badan.Pengambilan makanan kesihatan seperti pil-pil vitamin,spriluna,makanan organic dan susu dapat memberikan antibody kepada badan.Contohnya,makanan kesihatan yang dapat meningkatkan imunisasi badan ialah pato ikan kod.Buktinya,makanan kesihatan ini dapat mencegah pelbagai penyakit kronik seperti kanser kulit,usus dan otak.Hal ini demikian,kerana kandungan makanan kesihatan ini mengandungi nutrisi dan pelbagai khasiat.Amalan memakan makanan kesihatan ini dapat meningkatkan imuni badan dan sekali gus dapat meningkatkan daya ketahanan penyakit.Oleh itu, pengambilan makanan kesihatan tentunya memberikan faedah kepada pengguna.
  Pengambilan makanan kesihatan secara konsisten boleh mencegah pelbagai penyakit kronik.Penyakit kronik seperti kencing manis,darah tinggi dan kanser dapat diatasi dengan pengambilan makanan kesihatan.Pengambilan makanan kesihatan seperti pil-pil vitamin,spriluna,makanan organic dan susu dapat mencegah pelbagai penyakit kronik.Pengambilan makanan kesihatan mengandungi pelbagai nutrisi dan khasiat.Buktinya,pengambilan pil vitamin B17 dapat mencegah pelbagai penyakit kanser seperti kanser kulit,kanser usus dan kanser otak.Amalan memakan makanan kesihatan dapat meningkatkan imuni sistem manusia dan secara tidak langsung dapat memulihkan sel-sel mati.Oleh itu, pengambilan makanan kesihatan dapat mencegah pelbagai pelnyakit kronik.
  Pengambilan makanan kesihatan penting dalam usaha menjayakan pemakanan secara sihat oleh masyarakat.Pengambilan makanan seperti spriluna,pil-pil vitamin dan makanan organic merupakan satu gaya hidup sihat bagi masyarakat moden kini.Mereka berasakan pengambilan makanan kesihatan secara berkala atau sampingan dapat memberikan banyak manfaat kepada mereka.Hal ini demikian,kerana masyarakat kini sibuk dengan kerjaya dan tidak mempunyai masa rehat yang cukup untuk melakukan senaman.Rata-rata masyarakat kini mempunyai masa rehat mereka kurang daripada 5 jam sehari.Oleh itu,pengambilan makanan kesihatan dapat membantu mereka menjaga kesihatan.Namun demikian,pengambilan makanan kesihatan bukan sahaja memberikan kebaikan malahan memberikan kesan buruk kepada pengguna.
  Pengambilan makanan kesihatan dapat meningkatkan tahap kecerdasan.Makanan kesihatan akan memberi kesan positif semasa proses pembesaran baik dari segi fizikal mahupun mental.Hal ini demikian,kerana makanan kesihatan yang mengandungi nutrisi tambahan dapat member tenaga sepanjang hari.Nutrisi tambahan seperti kalsium,zat besi dan serat dapat membantu tumbesaran dari segi fizikal.Kesannya,tulang-tulang akan menjadi lebih kuat.Selain itu,makanan kesihatan seperti daun gingko dan pati ikan kod dapat menguatkan ingatan seseorang.Oleh itu, pengambilan makanan kesihatan secara terancang dapat member kebaikan kepada penggunanya.
  Pengambilan makanan kesihatan jugfa memberikan kesan negatif iaitu menjadi punca penyakit.Pengambilan makanan kesihatan secara berlebihan akan menyebabkan punca penyakit seperti kencing manis,kanser dan sakit jantung.Hal ini demikian,kerana pengambilan makanan kesihatan secara tidak terancang akan meninggalkan kesan negatif terhadap tubuh badan.Buktinya,makanan kesihatan yang mengandungi paras gula berlebihan akan menyebabkan penyakit kencing manis.Nutrisi yang berlebihan di dalam badan seperti protein,karbohidrat dan zat besi akan menyebabkan sel-sel kanser menjadi aktif.Hormon seseorang juga menjadi tidak stabil akibat pemilihan makanan kesihatan yang tidak tepat. Oleh itu,pemilihan makanan kesihatan yang tepat boleh menghindarkan seseorang terkena penyakit.
  Pengambilan makanan kesihatan secara berlebihan akan menyebabkan kerosakan organ dalaman.Kesan bahan kimia yang berlebihan dalam produk atau makanan kesihatan tertentu boleh merosakkan organ dalaman yang penting seperti otak,buah pinggang dan hati.Hal ini demikian,kerana bahan kimia tersebut akan larut dalam darah.Darah akan mengalir ke otak bersama-sama dengan larutan kimia tersebut.Keadaan ini akan menjejaskan fungsi otak.Selain itu, para pengguna yang tidak begitu sesuai dengan produk atau makanan suplemen seperti pil-pil vitamin,kologen dan pil pelansingan boleh mendatangkan kesan sampingan kepada pengguna.Oleh itu, penyalahgunaan makanan kesihatan boleh mendatangkan komplikasi yang teruk pada organ dalaman.
  Pengambilan makanan kesihatan juga dapat menyebabkan masyarakat menjadi pasif untuk melakukan senaman.Masyarakat berasakan bahawa pengambilan makanan kesihatan dapat menjamin kesihatan yang baik.Oleh itu,masyarakat tidak akan melakukan senaman bagi menggerakkan otot-otot badan mereka.Asalnya, pengambilan makanan kesihatan sebenarnya makanan sampingan untuk menambahkan tenaga selepas penat melakukan pekerjaan.Masyarakat akan lebih bergantung kepada pil-pil vitamin,spriluna dan kologen yang boleh menyebabkan keburukan kepada pengguna jika diambil berlebihan.Masyarakat akan mendapat obesiti apabila tidak melakukan senaman dan akan menyebabkan punca pelbagai penyakit.
  Kesimpulannya,pengambilan makanan kesihatan dapat memberikan banyka manfaat kepada pengguna.Namun demikian,pengambilan makanan kesihatan yang todak terkawal atau berlebihan akan memberikan kesan yang buruk kepada pengguna.Hal ini demikian,kerana makanan kesihatan seperti pil-pil vitamin dan spriluna mengandungi bahan-bahan kimia yang terkawal.Kesan pengambilan makanan kesihatan secara berlebihan dapat menyebabkan kerosakan buah pinggang,usus dan hormone tidak stabil.Walaupun pengambilan makanan kesihatan merupakan alternative baru masyarakat kini untuk menjaga kesihatan mereka tetapi kesihatan juga boleh terganggu jika pemakanan berkhasiat tidak diamalkan.

Hasil:Pelajar Maktab Sultan Abu Bakar@English College JB 2011
  

8 comments: