Negeri | Isu | Fokus Soalan |
Kedah | 1. Gejala penagihan semula dadah membimbangkan semua pihak. | Pada pendapat anda, mengapakah perkara ini berlaku?. |
2. Fenomena pemerdagangan manusia menimbulkan pelbagai masalah. | Jelaskan faktor-faktor dan bincangkan implikasinya kepada masyarakat dan negara. | |
3. Vandalisme selalunya dikaitkan dengan keruntuhan institusi kekeluargaan. | Sejauh manakah anda setuju dengan penyataan ini dan cadangkan langkah-langkah untuk menanganinya. | |
4. Lambakan produk tiruan di pasaran menimbulkan kebimbangan masyarakat. | Sediakan memorandum kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan pengguna untuk menyatakan kekesalan dan langkah-langkah untuk mengatasinya. | |
Pahang | 1. Kewujudan laman sosial seperti “facebook”, “twitter”, dan “blog”. | Bincangkan impak laman sosial ini kepada masyarakat dan negara. |
2. Malaysia dikatakan mempunyai kekuatan untuk menjadi pusat pendidikan serantau. | Sejauh manakah anda bersetuju dengan pendapat tersebut? | |
3. Pengambilan vitamin dan bahan minuman bertonik. | Jelaskan kebaikan pengambilan vitamin dan bahan minuman bertonik tersebut. | |
4. Stesen televisyen dan pengusaha pawagam cenderung menyiarkan drama dan filem yang berunsur mistik | Tulis memorandum untuk menyatakan kekesalan tentang kesan negatif yang timbul daripada rancangan tersebut dan kemukakan usul untuk menangani kesan negatif itu. | |
Terengganu | 1. Masalah pengangguran dalam kalangan belia. | Jelaskan kesannya kepada masyarakat dan cadangan untuk menanganinya. |
2. Kebanyakan pasar tani menjadi tumpuan. | Huraikan faktor-faktor yang mendorong orang ramai mengunjungi pasar tani dan jelaskan kemudahan yang perlu disediakan di pasar tani. | |
3. Kepentingan hubungan yang erat dalam kalangan ahli keluarga. | Apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengeratkan dan mengekalkan hubungan kekeluargaan? | |
4. Kajian tetang kesan pertubuhan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) | Sediakan satu laporan tentang kesan pertumbuhan IPTS kepada rakyat dan negara ini. | |
Selangor | 1. Penyediaan dan penjualan makanan di kantin sekolah yang tidak sempurna dan tidak sihat meninggalkan pelbagai kesan negatif kepada murid-murid. | Sebagai Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru, sediakan memorandum untuk menyatakan permasalahan yang timbul dan kemukakan juga usul untuk menangani masalah ini. |
2. Kemudahan yang disediakan dalam bidang sukan dapat meningkatkan prestasi atlet dan mutu sukan negara. | Sejauh manakah anda bersetuju dengan penyataan ini? | |
3. Peranan pertubuhan belia dalam merealisasikan wawasan untuk mencapai status negara maju pada tahun 2020. | Sediakan teks syarahan anda. | |
4. Penggunaan laman sosial melalui internet amat popular di Malaysia. | Jelaskan implikasi penggunaan laman sosial ini terhadap masyarakat. | |
Negeri Sembilan | 1. Pencapaian negara dalam beberapa jenis sukan di peringkat antarabangsa belum mencapai tahap yang diharapkan. | Cadangkan langkah-langkah untuk meningkatkan mutu sukan negara. |
2. Penggunaan laman web sosial semakin meluas. | Bincangkan kesannya terhadap golongan remaja. | |
3. Kewujudan restoran makanan segera banyak mehmpengaruhi corak hidup masyarakat. | Tulis laporan sebagai setiausaha Persatuan Pengguna. | |
4. Menggiatkan pertumbuhan ekonomi negara dengan menggalakkan penyertaan pelabur asing. | Bincangkan usaha-usaha untuk menarik pelabur asing. | |
1. Program 1Murid 1Sukan banyak mendatangkan manfaat kepada murid. | Huraikan manfaat tersebut. | |
2. Filem tempatan banyak yang bertemakan unsur mistik. | Bincangkan kesan pemaparan tema tersebut kepada penonton. | |
3. Internet dikatakan dapat memainkan peranan penting untuk mencorakkan kehidupan masyarakat di sesebuah negara. | Berikan pandangan anda tentang keepentingan internet kepada masyarakat dan negara. | |
4. IPTS dapat membantu negara meningkatkan tahap pendidikan dalam kalangan rakyatnya. | Pada pendapat anda, apakah aspek yang perlu diberikan oleh kerajaan terhadap pengendalian institusi tersebut. Bincangkan. | |
Perak | 1. Pemerdagangan Orang ialah suatu jenayah kemanusiaan yang dipandang serius pada masa ini. | Huraikan usaha dan cabaran untuk menanganinya. |
2. Perniagaan pinjaman wang secara haram | Huraikan punca berlakunya fenomena ini dan bentuk pengawalan yang boleh dilaksanakan dalam usaha membanterasnya. | |
3. Terdapat pelbagai laman sosial di internet yang dilayari oleh masyarakat, khususnya golongan remaja. | Bincangkan kesan aktiviti tersebut. | |
4. Kenaikan harga barangan dan kos perkhidmatan semakin membimbangkan masyarakat. | Sediakan memorandum untuk menyatakan kekesalan dan langkah-langkah untuk menangani permasalahan ini. |
Friday, December 30, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment